Home Semasa Pengarah JPS Antara Tiga Direman Bantu Siasatan Kes Rasuah

Pengarah JPS Antara Tiga Direman Bantu Siasatan Kes Rasuah

by Air Times News Network

ALOR SETAR, 30 Jan – Seorang Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran antara tiga individu direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa.

Perintah tahanan reman sehingga 5 Feb itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Tertinggi Mahkamah Rendah Alor Setar Wan Nor Fadzilah Wan Ibrahim di sini hari ini.

Semalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan menahan pengarah berumur 60 tahun itu bersama pemilik dua buah syarikat berumur 39 dan 50 tahun di sebuah pejabat SPRM.

SPRM turut menyita akaun bank berjumlah RM2.9 juta dan merampas wang tunai berjumlah hampir RM900,000 di rumah seorang pemilik syarikat yang ditahan itu.

Pengarah terbabit disyaki menerima wang rasuah sebanyak 10 peratus bagi setiap projek yang dianugerahkan JPS di sebuah negeri kepada kontraktor-kontraktor dilantik sejak 2014 hingga 2017.

Manakala dua individu yang merupakan pemilik syarikat dipercayai bersubahat dengan pengarah tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen17(a) dan Seksyen 23 Akta SPRM serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Related Articles

Leave a Reply