Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat UKST TD bakal jadi acara tahunan – PTD

UKST TD bakal jadi acara tahunan – PTD

by Air Times News Network

IPOH, 29 Sept – Ujian Kemahiran Seksyen Tempur Tentera Darat (UKST TD), bakal dijadikan sebagai acara tahunan dalam usaha menilai keupayaan serta keberkesanan latihan setiap seksyen briged.

Sebagai acara tahunan, pemilihan untuk menyertai ujian berkenaan juga akan dibuat secara rambang daripada setiap seksyen briged demi memastikan ujian berkenaan dapat dilaksanakan secara menyeluruh

Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zulkiple Kassim

“Kita buat pemilihan secara rambang supaya setiap seksyen tidak menghantar pasukan terbaik atau anggota yang terbaik untuk mengikuti ujian ini.

“Selain itu, kita juga buat olahan sikit bagi ujian kali kedua ini (kali pertama 2015), untuk tengok tahap keberkesanan latihan yang dibuat.

Jen Tan Sri Zulkiple menyampaikan hadiah kemenangan kepada ketua Kompeni Pasukan 9 RAMD dari 10 Briged Para Kem Terendak Melaka, yang muncul juara keseluruhan.

“Daripada ujian ini pencapaiannya sangat tinggi, oleh kerana dibuat dalam bentuk pertandingan,” katanya lagi.

Zulkiple berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Penutup Ujian Kemahiran Seksyen Tempur Tentera Darat (UKST TD) Tahun 2017 di Lapang Sasar 2  Rejimen Renjer Diraja, Kem Syed Putra, semalam.

Pada majlis berkenaan, Kompeni Pasukan 9 RAMD Dari 10 Briged Para Kem Terendak Melaka diumumkan selaku juara keseluruhan Ujian Kemahiran Seksyen Tempur Tentera Darat (UKST TD) Tahun 2017

Related Articles

Leave a Reply