Home Pertahanan dan Keselamatan A400M TUDM Terbangkan Pemimpin Sarawak (Tuai Rumah) ke Ibu Negara

A400M TUDM Terbangkan Pemimpin Sarawak (Tuai Rumah) ke Ibu Negara

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 28 Sep-  Pesawat A400M dan C130 milik TUDM telah melaksanakan  penerbangan khas dari Sarawak ke Kuala Lumpur pada 27 Sep 17 (Rabu). Pesawat ini telah diberi tanggungjawab untuk membawa delegasi khas yang terdiri daripada para pemimpin tempatan (Tuai Rumah) untuk menghadiri satu sesi pertemuan bersama YAB Perdana Menteri  dan YAB Timbalan Perdana Menteri.

Pegawai TUDM  yang terlibat dalam penugasan ini memberitahu bahawa mereka amat berbangga kerana dapat memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin terlibat merasai pengalaman menaiki pesawat pengangkut termoden milik TUDM

TUDM sentiasa bersedia dalam sebarang penugasan  terutama dalam  membantu melaksanakan tugas-tugas khas seperti misi-misi kemanusiaan dan bencana alam, penerbangan ihsan dan pelbagai lagi misi serta operasi yang menyentuh kepentingan rakyat.

Apabila ditanya mengenai komen negatif sesetengan netizen berhubung penggunaan pesawat TUDM untuk membawa pemimpin-pemimpin ini  seperti yang tular dalam media sosial, seorang pegawai TUDM berpangkat Mejar yang kini bertugas di Pangkalan Udara Subang menyatakan, ‘ Penugasan begini adalah satu yang biasa. TUDM terbangkan  Orang Asli ke bandar, hantar bekalan ke pedalaman, bawa media ke lokasi kemalangan, tiada yang pelik, malahan kami rasa bangga”. Beliau turut berharap agar rakyat tidak terpedaya dengan hasutan yang yang berbaur politik.

[blockquote align=”none” author=”Pegawai TUDM”] ‘ Penugasan begini adalah satu yang biasa. TUDM terbangkan  Orang Asli ke bandar, hantar bekalan ke pedalaman, bawa media ke lokasi kemalangan, bawa doktor, dan macam-macam lagi yang tak tercerita kepada masyarakat. tiada yang pelik,malahan kami rasa bangga “[/blockquote]

“TUDM bukan parti politik. Kami kerja untuk semua rakyat tanpa mengira latarbelakang. Asal ada keperluan yang mampu kami bantu, apa salahnya? ”

Krew penerbangan yang ditemui sebaik sahaja pesawat pendarat di Pangkalan Udara Subang, memberitahu wartawan,” Dalam tugasan  ini, ianya adalah penerbangan biasa yang memberi kesempatan kepada pemimpin masyarakat untuk merasai sendiri pengalaman menaiki pesawat tentera yang tercanggih di rantau ini.

Tidak ada salahnya pemimpin masyarakat ini diberi peluang seperti ini. Rakan-rakan media dan ramai kakitangan kerajaan juga pernah diberi kesempatan menaiki pesawat A400M dan pesawat pengangkut TUDM yang lain”.

Pemimpin-pemimpin masyarakat ini gembira dapat merasai menaiki pesawat pengangkut tercanggih TUDM – A400M bagi membawa rombongan ke Kuala Lumpur bagi menemui Perdana Menteri

Pertemuan pemimpin masyarakat ini dengan YAB Perdana Menteri adalah proses  interaksi Kepimpinan Tertinggi negara bersama pemimpin akar umbi terutama untuk mendapatkan input bagi penyediaan bajet bagi tahun 2018.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!