ROM, 30 SEPT – MBDA menandatangani kontrak pengeluaran bagi peluru berpandu anti-kapal generasi baharu TESEO MK2/E bersama Direktorat Nasional Persenjataan Tentera Laut Itali. Ini sekali gus menandakan memasuki fasa pengeluaran selepas pembangunan dan ujian awal misil tersebut.
Kontrak itu meliputi pembekalan untuk frigat FREMM EVO, kapal MPCS/PPA dan pemusnah generasi baru DDX, selain melengkapkan varian MK2/A yang sedia ada. TESEO MK2/E direka sebagai sistem persenjataan dwi-peranan (dual role)dengan keupayaan menyerang sasaran maritim dan darat.
Menurut MBDA, sistem ini dilengkapi penderia AESA (Active Electronically Scanned Array) dan pautan data satelit yang membolehkan pengawalan misi dalam penerbangan serta perancangan misi yang lebih kompleks. MBDA menyatakan TESEO MK2/E mewakili penanda aras baharu bagi misil jarak jauh anti-kapal.
Jarak operasi TESEO MK2/E dilaporkan melebihi 350 kilometer, satu lonjakan ketara berbanding varian sebelumnya. Ini menjadikan sistem persenjataan ini mempunyai keupayaan serangan jarak jauh dengan kemampuan standoff yang lebih baik.
Julat ini membolehkan kapal melancarkan serangan dari kawasan selamat di luar lingkungan pertahanan pantai atau sistem jarak dekat musuh, sekali gus mengurangkan risiko pendedahan kepada serangan balas.
Selain itu, TESEO MK2/E bukan sahaja berupaya memusnahkan kapal permukaan tetapi turut memiliki kemampuan serangan jauh ke atas sasaran darat. Keupayaan serangan sekunder ini memberi nilai tambah strategik kepada Tentera Laut Itali dalam menyokong operasi maritim dan darat secara serentak.
Dengan pautan data satelit, misi peluru berpandu ini juga boleh diubah atau dikemas kini ketika penerbangan, menjadikannya lebih fleksibel dalam menghadapi persekitaran operasi yang sentiasa berubah pada bila-bila masa.
Lorenzo Mariani, Pengarah Kumpulan Eksekutif Jualan & Pembangunan Perniagaan MBDA dan Pengarah Urusan MBDA Itali, menyatakan kontrak ini menandakan TESEO MK2/E telah mula mencapai tahap matang.
“Memulakan pengeluaran TESEO MK2/E menunjukkan produk ini matang, memenuhi keperluan tentera laut, serta menambah keupayaan penanda aras dalam domain anti-kapal yang boleh ditawarkan ke pasaran antarabangsa,” kata Lorenzo dalam kenyataan rasmi MBDA
Pihak MBDA turut menyatakan perolehan ini menandankankejayaan proses pembangunan dan pengintegrasian TESEO MK2/E dengan keperluan Tentera Laut Itali.
TESEO MK2/E dibangunkan berdasarkan pengalaman misilTESEO/OTOMAT. Ia direka untuk mengatasi ancaman moden. – airtimes.my
#AirTimesNewsNetwork #TeknologiPertahanan #MBDA #TESEOMK2E #Italy #TenteraLaut #Misil #AntiKapal
