Home Pertahanan dan Keselamatan Anggota MALBATT 850-13 Selamat, ATM Sedia Aktifkan Pelan Pemindahan Kecemasan Jika Diperlukan

Anggota MALBATT 850-13 Selamat, ATM Sedia Aktifkan Pelan Pemindahan Kecemasan Jika Diperlukan

A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 4 MACKesemua anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang sedang menyertai misi pengaman di selatan Lubnan disahkan berada dalam keadaan selamat walaupun pertempuran di wilayah bergolak itu semakin meruncing.

Kementerian Pertahanan memaklumkan situasi keselamatan di kawasan tanggungjawab Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) kini menunjukkan peningkatan aktiviti ketenteraan yang ketara antara Israel Defense Forces (IDF) dan Hezbollah.

Peningkatan ketegangan ini susulan laporan yang mengesahkan tentera Israel telah mula memasuki beberapa kawasan di Lubnan. Keadaan bertambah kritikal apabila beberapa siri serangan turut direkodkan berlaku berhampiran dengan sektor tanggungjawab anggota MALBATT.

Berikutan ancaman langsung tersebut, langkah perlindungan pasukan telah dipertingkatkan dengan serta-merta selaras dengan tahap waspada semasa.

Pada masa ini, tiada keperluan untuk melaksanakan evakuasi kerana keadaan masih terkawal,

“MALBATT 850-13 kekal pada tahap kesiapsiagaan tertinggi dan bersedia mengaktifkan pelan kontigensi termasuk pemindahan kecemasan sekiranya diperlukan ,” kata Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin dalam satu kenyatana yang dikeluarkan pada hari ini.

Bagi memastikan keselamatan anggota negara terjamin, Kementerian Pertahanan melalui Markas Angkatan Bersama akan terus memantau perkembangan situasi secara rapat dan berterusan. Pemantauan ini dilaksanakan melalui kerjasama strategik bersama pihak UNIFIL serta agensi-agensi antarabangsa yang berkaitan.

Dalam mendepani ketidaktentuan konflik di rantau tersebut, kerajaan menegaskan bahawa keselamatan setiap anggota Angkatan Tentera Malaysia sentiasa menjadi keutamaan mutlak.

KATA KUNCI : MALBATT 850-13

Leave a Reply