Home Pertahanan dan Keselamatan “Kami tidak pertahan individu salah, tapi jangan heret organisasi”

“Kami tidak pertahan individu salah, tapi jangan heret organisasi”

A+A-
Reset

SUNGAI BESI, 12 FEB – Persatuan Kor Pegawai-Pegawai Bersara Angkatan Tentera (RAFOC) dan Persatuan-persatuan veteran menegaskan bahawa sebarang salah laku yang melibatkan anggota tentera adalah tanggungjawab peribadi individu terbabit dan tidak sewajarnya dikaitkan dengan keseluruhan organisasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Presiden RAFOC, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Ibrahim (Bersara) yang mewakili gabungan persatuan veteran ATM menjelaskan, pihaknya berpegang teguh kepada prinsip bahawa kesalahan tetap kesalahan dan tidak akan sesekali mempertahankan mereka yang terbukti bersalah.

“Untuk saya, orang yang salah tu tetap salah.Kita tidak pernah pertahankan mereka, tetapi janganlah tarik organisasi,” katanya pada Khamis.

Walau bagaimanapun, beliau meluahkan kekesalan apabila imej pasukan pertahanan negara itu sering diheret sama akibat tindakan segelintir pihak.

Menurutnya, kecaman atau persepsi negatif terhadap ATM kini jelas dapat dirasai secara langsung tanpa perlu menunggu sebarang kajian atau tinjauan rasmi dilaksanakan.

Tegas beliau, jika masyarakat atau pihak berwajib hanya ingin bertindak selepas menunggu hasil kajian klinikal yang memakan masa bertahun-tahun, usaha memulihkan keadaan itu sudah dianggap terlewat dan tidak lagi relevan.-airtimes.my

KATA KUNCI : Angkatan Tentera Malaysia (ATM)Persatuan Pegawai-Pegawai Bersara Angkatan Tentera (RAFOC)Veteren

Leave a Reply