Home Pertahanan dan KeselamatanJohnny Lim ukir sejarah: Leftenan Jeneral ATM pertama berbangsa Cina

Johnny Lim ukir sejarah: Leftenan Jeneral ATM pertama berbangsa Cina

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Datuk Johnny Lim Eng Seng melakar sejarah apabila menjadi pegawai berbangsa Cina pertama yang dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Majlis pemakaian pangkat itu telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar di Wisma Pertahanan, pada Isnin.

Anak jati Melaka itu memulakan bidang ketenteraan dengan menyertai latihan Pegawai Kadet melalui Tauliah Jangka Tetap Ke-25 (TJT 25) dan seterusnya menerima latihan ketenteraan profesional di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom sebelum ditauliahkan ke Rejimen Renjer Diraja (RRD).

Beliau merupakan graduan Australian Army Command and Staff College dan turut memiliki Ijazah Sarjana daripada University of Canberra serta Universiti Kebangsaan Malaysia.

Selain itu, beliau turut dikenali dengan kemahiran penguasaan bahasa Korea berdasarkan pengalaman mengikuti pengajian ketenteraan di Korea Selatan serta Sepanyol.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau pernah menyandang pelbagai perjawatan penting antaranya sebagai Ketua Jurulatih di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Panglima 31 Briged Infantri, Inspektor Jeneral Tentera Darat dan Ketua Staf Markas Pemerintahan Medan Barat.

Markas ATM memaklumkan, kenaikan pangkat ini bukan sahaja mengiktiraf kecemerlangan peribadi Johnny Lim, malah menjadi bukti bahawa peluang dalam ATM terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum, selagi mereka menunjukkan komitmen dan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan.

“Ini juga diharapkan dapat menarik minat bangsa-bangsa lain untuk turut menceburkan diri dalam kerjaya keramat ini,

“ATM seharusnya dilihat sebagai contoh terbaik konsep ’ Unity in Diversity’ dan menjadi platform utuh di dalam erti kata perpaduan yang sebenarnya,” jelas Markas ATM.-airtimes.my

#pertahanan #Malaysia #ATM #pegawaitinggi #airtimes

 

Related Articles

Leave a Reply