Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
MINDEF teliti penubuhan angkatan siber khusus hadapi ancaman digital – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan MINDEF teliti penubuhan angkatan siber khusus hadapi ancaman digital

MINDEF teliti penubuhan angkatan siber khusus hadapi ancaman digital

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Kementerian Pertahanan (MINDEF) sedang meneliti keperluan untuk mewujudkan sebuah angkatan siber khusus bagi menghadapi ancaman serangan siber serta kempen maklumat palsu yang semakin kompleks.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, angkatan ini akan dilengkapi dengan kepakaran teknikal yang tinggi, termasuk dalam bidang perisikan ancaman siber (cyber threat intelligence), tindak balas insiden (incident response), forensik digital, serta pertahanan siber aktif (active cyber defense).

“Keupayaan ini membolehkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan sahaja bertindak balas terhadap serangan siber, tetapi juga mampu menghadang dan meneutralkan ancaman sebelum ia memberi kesan kepada operasi ketenteraan dan keselamatan negara,” katanya dalam sesi Pertanyaan Lisan di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Senator Tuan Amir Md Ghazali yang ingin mengetahui sama ada kerajaan mempertimbangkan untuk meningkatkan bajet pertahanan atau mempercepatkan pemodenan ketenteraan dalam menghadapi ancaman yang tidak dijangka.

Mohamed Khaled berkata, langkah ini seiring dengan usaha pemodenan ATM yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan (KPP) bagi menjadikan ATM sebagai Angkatan Masa Hadapan (AMH) menjelang 2030.

Tambahnya, ancaman tidak dijangka seperti serangan siber, peperangan hibrid, serangan pengganas, penggunaan dron dalam peperangan, bencana alam, dan konflik serantau memerlukan ATM untuk bersiap siaga dengan keupayaan yang lebih moden dan bersepadu.

Sebagai sebahagian daripada strategi tersebut, beliau berkata, Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) turut menyenaraikan beberapa bidang fokus kritikal termasuk cyber warfare, unmanned warfare, drone warfare, serta Chemical, Biological, Radiological and Nuclear (CBRN) Warfare.

Selain itu, kerajaan juga bercadang untuk meningkatkan peruntukan pertahanan kepada 1.5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030, berbanding kadar semasa 1.1%, bagi memastikan kejayaan pelaksanaan KPP.

“Cadangan meningkatkan perbelanjaan pertahanan ini adalah seiring dengan pendekatan negara-negara jiran yang memberi keutamaan tinggi kepada sektor pertahanan bagi melindungi kepentingan negara yang berdepan cabaran yang semakin kompleks pada masa kini dan masa hadapan,” ujarnya lagi. — airtimes.my

#pertahanan #serangansiber #ATM #angkatanmasahadapan #airtimes

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?