Home Pertahanan dan Keselamatan Kerajaan tidak perlu tanggung sebarang kos fasa pembekalan 28 helikopter – Azalina

Kerajaan tidak perlu tanggung sebarang kos fasa pembekalan 28 helikopter – Azalina

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 13 FEB – Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Dato’ Sri Azalina Othmad Said menegaskan kerajaan dapat mengoptimumkan perbelanjaan dengan mengagihkan beban kos secara lebih mampan selama 15 tahun melalui projek pajakan 28 helikopter.

Beliau menambah, kerajaan tidak perlu mengeluarkan sebarang kos dalam fasa pembekalan helikopter.

“Malahan, segala kos timbul dalam tempoh masa pembekalan ini termasuk kos-kos latihan bagi kru penerbangan akan dibiayai oleh syarikat konsesi sehingga aset tersebut diterima oleh kerajaan,” kata Azalina dalam satu penyataan jawapan lisan di Parlimen.

Beliau menambah, projek pajakan yang melibatkan 28 unit helikopter pelbagai model ini lengkap dengan peralatan-peralatan misi mengikut keperluan khusus agensi-agensi.

“Pendekatan pajakan sebegini juga merupakan amalan biasa bagi pengurusan aset strategik dan keselamatan di negara-negeara maju seperti Perancis, Kanada serta United Kingdom,” ujar beliau. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Pertahanan

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?