Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara SAREX AR: TUDM, PGU laksana penerbangan taktikal aset udara di Kudat

SAREX AR: TUDM, PGU laksana penerbangan taktikal aset udara di Kudat

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2) akan melaksanakan latihan Search and Rescue Exercise Air Region 2 2024 (SAREX AR 2 2024) di sekitar Kudat, Sabah mulai 18 hingga 22 November ini.

TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan, latihan ini turut melibatkan penyertaan dari agensi dan pasukan keselamatan awam di Kudat.

“Pesawat TUDM dan Pasukan Gerakan Udara (PGU) Sabah akan melaksanakan penerbangan taktikal di sekitar Kudat bagi tujuan latihan berkenaan,

“Selain itu, aset maritim milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) juga akan diaturgerak di perairan berhampiran Pulau Banggi dan Pulau Patanunam,” jelas kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas sekiranya melihat pesawat TUDM dan PGU Sabah melakukan penerbangan taktikal sepanjang latihan ini berlangsung.-airtimes.my

#TUDM #pertahanan #airtimes #keselamatan #Sabah

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!