Home Pertahanan dan KeselamatanTentera DaratHafizuddeain Panglima Tentera Darat ketiga dimasyhurkan ahli International Hall Of Fame

Hafizuddeain Panglima Tentera Darat ketiga dimasyhurkan ahli International Hall Of Fame

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan telah dimasyhurkan sebagai ahli ke-300 International Hall Of Fame (IHOF) United States Army Command and General Staff College (USACGSC).

Anugerah berprestij itu diterima Hafizuddeain dalam satu majlis rasmi di Fort Leavenworth, Kansas, Amerika Syarikat pada Jumaat, menjadikan beliau rakyat Malaysia ketiga yang menerima pengiktirafan ini.

Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat berkata, sebelum ini, Panglima Tentera Darat ke-18, Jeneral Tan Sri Md Hashim Hussein dan Panglima Tentera Darat ke-19, Jeneral Tan Sri Mohd Shahrom Nordin turut menerima anugerah sama.

“Penganugerahan yang diterima oleh PTD ini merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan kerana PTD merupakan rakyat Malaysia yang ketiga dalam lipatan sejarah yang telah dimasyhurkan sebagai ahli IHOF USAGCSC,” kata TDM dalam kenyataan.

Jelasnya, Hafizuddeain merupakan alumni USACGSG pada tahun 2001.

“Seluruh warga Tentera Darat Malaysia turut berbangga dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan di atas pencapaian tersebut,” tambah kenyataan itu lagi. -airtimes.my

#PTD #TDM #USACGSG #airtimes #pertahanan

Related Articles

Leave a Reply