Home Pertahanan dan Keselamatan Turkish Aerospace berpotensi jadi rakan strategik lakar pembangunan industri pertahanan negara

Turkish Aerospace berpotensi jadi rakan strategik lakar pembangunan industri pertahanan negara

by M.Daim

ANKARA, 10 JUN – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyatakan Turkish Aerospace (TUSAS) berpotensi untuk menjadi rakan strategik dalam melakar pembangunan industri pertahanan negara.

Menurut beliau, peluang untuk syarikat pertahanan Turkiye itu untuk menjadi rakan strategik industri pertahanan tanah air terbuka luas selepas TUSAS merasmikan hab operasinya di Cyberjaya pada Mei yang lalu.

Khaled Nordin pada ketika ini berada Turkiye dalam rangka kerja lawatan selama 5 hari.

Lawatan ke TUSAS merupakan antara rangka kerja beliau di negara Mediterranean itu.

Jelas Menteri Pertahanan, beliau melawat ke TUSAS sebaik sahaja tiba di Ankara. Beliau telah diberikan pembentangan mengenai struktur operasi dan operasi syarikat itu. Pembentangan tersebut dilakukan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TUSAS, Professor Temel Kotil.

Selain taklimat, Khaled Nordin turut berpeluang menyaksikan demonstrasi beberapa produk keluaran TUSAS termasuk helikopter, UAV dan pesawat latihan ringan.

“Pendedahan ini tepat pada masanya memandangkan Kerajaan sedang menumpukan perolehan bagi memantapkan pertahanan negara termasuklah kekuatan kuasa udara,” kata Khaled di akaun media sosial rasmi beliau.

Dalam lawatan ke TUSAS, Menteri Pertahanan turut menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik antara TUSAS dan AIROD dalam bidang aeroangkasa serta penerbangan.

Pada 10 Mei lalu, Khaled Nordin telah merasmikan hab pejabat operasi Turkish Aerospace Malaysia bertempat di Blok 3720 Coplace 5, Cyberjaya. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Pertahanan #TUSAS

Related Articles

Leave a Reply