Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat sedia hantar pasukan pengaman ke wilayah bergolak

Tentera Darat sedia hantar pasukan pengaman ke wilayah bergolak

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 6 JUN – Tentera Darat Malaysia (TDM) sedia mengaturgerakkan pasukan pengaman ke negara bergolak sekiranya diperlukan.

Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim berkata, anggota tentera negara berkemampuan untuk ditugaskan di wilayah yang sedang mengalami konflik.

Beliau berkata, pembabitan TDM sebagai pasukan pengaman akan menaikkan imej negara di persada dunia.

“Kita pernah ke Bosnia dan sekarang ramai anggota kita berada di Lubnan. Saya cukup yakin anggota tentera negara berupaya melaksanakan sebarang tugas yang diamanahkan,

“Penglibatan tentera Malaysia bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini telah berjaya melonjakkan imej dan nama negara di mata dunia,” katanya seperti dilapor Kosmo.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Eksesais Tiger Strike membabitkan pasukan 10 Briged (Para) dan 15th Marine Expeditionary Unit (MEU) Tentera Marin Amerika Syarikat di Kem Sri Pantai, Seberang Takir, pada Rabu.

Terdahulu, Tengku Muhammad Fauzi berkata, eksesais bilateral tersebut berjaya meningkatkan keupayaan operasi dan kemampuan saling kendali antara kedua-dua negara.

Menurutnya, melibatkan penggunaan aset ketenteraan canggih termasuk helikopter CH-53USMC, kapal pendarat amfibia LCAC serta kapal tempur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).-airtimes.my

#ATM #TDM #Malaysia #pengaman #airtimes #pertahanan

Related Articles

Leave a Reply