Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Eksesais Lembing Sakti uji taring Briged Artileri Roket Tentera Darat

Eksesais Lembing Sakti uji taring Briged Artileri Roket Tentera Darat

by Nurulhuda

LUMUT, 31 Mei – Pelaksanaan Eksesais Lembing Sakti merupakan latihan tembakan Sistem Roket Lancar Berganda (SRLB) ASTROS II di bawah kendalian Markas Briged Artileri Roket (BAR).

Tentera Darat Malaysia (TDM) memaklumkan, eksesais ini bertujuan untuk menguji tahap kesiagaan serta kecekapan anggota dalam pengendalian SRLB ASTROS II berpandukan Sistem Latihan dan Penilaian Tentera Darat (ARTEP).

Menurut TDM, eksesais ini turut melibatkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan agensi penguatkuasa awam setempat dalam menentukan keselamatan latihan.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan turut menyaksikan Eksesais Lembing Sakti yang diadakan di Tanjung Hantu, Lumut, semalam.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat , Leftenan Jeneral Datuk Pahlawan Muhammad Huzaimi Sabri serta Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat.

“Sebanyak 128 butir roket telah dilancarkan untuk tembakan kali ini,

“Eks seterusnya diteruskan dengan tembakan Meriam 155MM G5 MK III sebanyak 7 butir ditembak,

“Tujuan tembakan ini dilaksanakan bagi menguji keupayaan Base Bleed yang telah berada dalam inventori Tentera Darat (TD),” jelas TDM dalam satu kenyataan, pada Khamis. -airtimes.my

#TDM #ASTROSS #eksesais #pertahanan #airtimes

Related Articles

Leave a Reply