KUALA LUMPUR, 28 MAC – Argentina telah bersetuju untuk menerima 24 buah jet pejuang F-16 dari Denmark.
Keputusan itu sekaligus menolak tepi ura-ura yang menyatakan jet pejuang JF-17 mendahului persaingan perolehan pesawat untuk tentera udara negara Amerika Latin itu.
Semalam, Argentina dan Denmark telah meterai Surat Niat (LOI) perolehan jet pejuang F-16.
LOI telah dimeterai oleh menteri pertahanan dari kedua-dua negara. Perolehan F-16 untuk Argentina mendapat kerjasama dan koordinasi rapat dari Amerika Syarikat.
Sebelum surat tersebut dimeterai, Washington terlebih dahulu telah memberikan isyarat untuk membenarkan perolehan oleh Buenos Aires. Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Biro Perhubungan Politik-Ketenteraan Jabatan Negara Amerika Syarikat dalam satu hantaran di akaun media sosial rasmi mereka pada 11 Oktober 2023.
Perolehan ini memberikan isyarat bahawa Argentina mahu mempertingkatkan kekuatan udara mereka.
Selain itu, Denmark melihat pemindahan 24 buah pesawat ini merupakan antara langkah yang perlu diambil bagi menggantikan F-16 dengan jet pejuang generasi ke-5, F-35.
Negara Scandanavia itu turut menyerahkan 19 jet pejuang kepada Ukraine.
Denmark sebelum ini memiliki 43 buah F-16 A/B yang diperoleh secara berperingkat pada tahun 1980 hingga 1997. – airtimes.my
#AirTimes #F16 #Argentina #TeknologiPertahanan