Home Pertahanan dan Keselamatan Tiada jalan pintas untuk graduan PALAPES sertai perkhidmatan ATM

Tiada jalan pintas untuk graduan PALAPES sertai perkhidmatan ATM

by Wazien Zamri

KUALA LUMPUR, 28 MAC – Semua anggota PALAPES perlu jalani prosedur permohonan dan pemilihan seperti biasa, sebagaimana dilalui calon umum yang lain dari universiti awam mahupun swasta untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin dalam satu penyataan jawapan lisan di Parlimen.

“Mereka yang berhasrat untuk menyertai Perkhidmatan Pegawai Angkatan Tetap ATM hendaklah menjalani latihan asas Pegawai Kadet Graduan selama 9 bulan di pusat-pusat latihan perkhidmatan,

“Berdasarkan dasar sedia ada, graduan PALAPES tidak mempunyai jalan pintas untuk memasuki perkhidmatan Angkatan Tetap ATM”.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mumtaz Md Nawi (Tumpat) yang menyuarakan sama ada kerajaan merancang untuk memberikan keistimewaan kepada pegawai PALAPES yang telah ditauliah.

Keistimewaan yang dimaksudkan beliau adalah untuk menyerap pegawai sukarela sebagai tentera tetap tanpa perlu mengharungi Latihan Wajib selama 9 bulan.

Tambah Khaled, Kementerian Pertahanan melalui ATM sentiasa menggalakkan penglibatan belia untuk mempertahankan negara dengan menyertai perkhidmatan pertahanan. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Pertahanan #PALAPES

Related Articles

Leave a Reply