Home Pertahanan dan Keselamatan Dari prototaip ke medan pertempuran, mesingan Madsen

Dari prototaip ke medan pertempuran, mesingan Madsen

by Muaz Rizqi

Perang Dunia I secara khususnya telah menjadi panggung bagi evolusi dan penggunaan yang luas dari berbagai jenis senjata api semasa abad ke-20. Senjata api telah memainkan sebuah peranan yang penting bagi sesebuah negara terutamanya ketika di dalam medan peperangan.

The Madsen adalah merupakan sebuah mesingan ringan yang direka oleh Julius A. Rasmussen dan Theodor Schouboe. Senjata itu turut mendapat gelaran “Madsen Let Maschingevaer” yang diberikan oleh Kapten Madsen di mana ketika beliau itu menjawat jawatan sebagai Menteri Perang Denmark.

Pada tahun 1902, prototaip pertama mesingan Madsen yang diberi nama Model 1902. Ia telah dihasilkan melalui perusahaan Denmark, Dansk Rekyl Riffel Syndikat (DRR). Namun, DRR turut menjual lesen produksi mesingan tersebut kepada Sekutu semasa Perang Dunia I berlangsung.

Madsen adalah mesingan ringan pertama yang diterima pakai secara rasmi oleh tentera Denmark pada tahun 1903 setelah Kapten Madsen dinaikkan pangkat. Reka bentuk asasnya masih dibayangi oleh Maxim, Vickers dan juga Hotchkiss.

Madsen telah menarik perhatian tentera di seluruh dunia ketika itu walaupun ia dianggap mahal untuk dihasilkan. Secara keseluruhan, 34 buah negara membeli senjata api itu dalam beberapa saiz kaliber yang berbeza ketika semasa dan selepas berlaku Perang Dunia I.

Rusia juga telah memperoleh Madsen sebanyak 1,250 untuk digunakan pasukan unit berkuda. Senjata itu yang pertama kali digunakan oleh Rusia dalam pertempuran semasa menentang tentera Jepun pada tahun 1904.

Menjelang Perang Dunia I, Jerman, Perancis, dan United Kingdom turut menggunakan Madsen. Tentera Jerman membentuk unit mesingan ringan pertama yang menggunakan kartrij 7.82mm. “Batalion Musketan” itu mula beraksi dalam pertempuran Champagne pada tahun 1915.

Selepas Perang Dunia I, Madsen juga salah satu daripada banyak senjata api yang digunakan oleh kedua-dua belah pihak di dalam Perang Saudara Rusia, serta Perang Saudara Finland. Ia kemudiannya digunakan dalam Revolusi Mexico, Perang Saudara Cina Era Panglima Perang, dan Perang Rif di mana Sepanyol ketika itu menentang pemberontak Maghribi.

Di Amerika Selatan pula, mesingan itu turut digunakan oleh tentera Brazil semasa Revolusi Perlembagaan 1930 berlaku ketika suatu rampasan kuasa dilaksanakan oleh pihak negeri-negeri Minas Gerais, Paraíba dan Rio Grande do Sul yang menggulingkan presiden Washington Luís.

Senapang mesingan Madsen tidak hanya merupakan senjata peninggalan yang bersejarah, tetapi ia juga meninggalkan impak yang mendalam kepada kemajuan teknologi senjata api. Ia juga sebagai salah satu senjata yang pernah menjadi kebanggaan dihasilkan oleh Dansk Rekyl Riffel Syndikat (DRR). -airtimes

#Madsen #JuliusA.Rasmussen #TheodorSchouboe #Denmark #pertahanan

Related Articles

Leave a Reply