Home Pertahanan dan Keselamatan Penjenamaan BNS ke LUNAS bawa imej positif, lebih berkeyakinan

Penjenamaan BNS ke LUNAS bawa imej positif, lebih berkeyakinan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Penjenamaan semula Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) kepada Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd (LUNAS) bertujuan memberi suntikan imej baharu terhadap pengurusan dan syarikat sebagai salah satu daripada syarikat entiti di bawah Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD).

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerusi jawapan lisan di Parlimen.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, penjenamaan semula itu berikutan pertukaran pegangan saham daripada pemegang saham sedia ada iaitu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad (BHB) dan Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) kepada MKD.

“Dengan imej baharu ini, ia bukan sahaja dapat membentuk imej positif terhadap syarikat, malah dapat memberi semangat baharu kepada para pekerja,

“Ia juga akan meyakinkan semua pemegang taruh (stakeholders) bahawa LUNAS tetap komited dalam merealisasi agenda pertahanan negara terutama melaksanakan projek pembinaan kapal tempur pesisir Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau lebih dikenali sebagai Littoral Combat Ship (LCS),” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) mengenai rasional penjenamaan semula BNS kepada LUNAS.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, penjenamaan semula itu juga mampu mengubah persepsi umum dan meyakinkan para vendor tempatan dan luar negara bahawa LUNAS adalah sebuah syarikat yang berdaya maju dan akan terus bergerak ke hadapan.

Sebelum ini, Air Times melaporkan, Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) telah mengumumkan menjual kepentingannya dalam Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) kepada Ocean Sunshine Bhd. (Ocean Sunshine).

BHIC mempunyai kepentingan keseluruhan sebanyak 20.77 peratus.

Ocean Sunshine pula merupakan syarikat tidak langsung Menteri Kewangan (Diperbadankan) yang mana penjualan ini adalah pada harga RM1.

Penjualan ini dikatakan untuk memudahkan keputusan kerajaan dalam BNS dengan memperoleh 100 peratus saham BNS ini bagi memastikan projek LCS siap.

Syarikat induk BHIC, Boustead Holdings Bhd kini memiliki 68.85 peratus kepentingan ekuiti dalam BNS, manakala Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang mengawal kumpulan Boustead memegang baki 10.38 peratus kepentingan.

Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) menjual keseluruhan 20.77 peratus kepentingannya dalam BNS yang merugikan kepada Ocean Sunshine Bhd, iaitu unit tidak langsung MKD pada harga RM1.

Selain itu ia juga mampu mengubah persepsi umum dan meyakinkan para vendor tempatan dan luar negara bahawa LUNAS adalah sebuah syarikat yang berdaya maju dan akan terus bergerak ke
hadapan.

Sementara itu, BSN pada 27 Januari lalu memaklumkan, aktiviti penjenamaan semula ini adalah penting dan ia menandakan era baharu kecemerlangan maritim dan pertahanan.

“Langkah strategik ini mencerminkan komitmen LUNAS untuk menyelaraskan semula dengan objektif dan nilai pemegang taruh,

“Langkah tersebut juga akan memacu kemajuan pada masa hadapan,”ujar BSN dalam satu kenyataan. -airtimes.my

#pertahanan #LUNAS #BSN #LCS #TLDM #airtimes

Related Articles

Leave a Reply