Home Pertahanan dan Keselamatan Tiada rancangan serah kawasan tanggungjawab Rejimen Sempadan kepada polis -Menteri

Tiada rancangan serah kawasan tanggungjawab Rejimen Sempadan kepada polis -Menteri

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 20 MAC – Menteri Pertahanan menegaskan tiada rancangan penyerahan kawasan tanggungjawab Pasukan Rejimen Sempadan (RS) kepada Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut beliau dalam penyataan jawapan lisan di Parlimen, ini memandangkan kedua-dua pasukan telah mempunyai pembahagian tugas dan tanggungjawab yang berbeza.

“Walau bagaimanapun, perkara ini adalah tertakluk kepada perancangan dan keperluan semasa serta strategi masa hadapan,” katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Tanah Merah, Dato’ Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Ikmal yang juga bekas timbalan Menteri Pertahanan telah meminta kerajaan untuk menjelaskan sama ada Kementerian Pertahanan Malaysia bercadang untuk menyerahkan kawasan tanggungjawab RS sedia ada terutamanya di Negeri Kedah, Perak dan Kelantan kepada PGA.

Dalam jawapan yang sama, Menteri Pertahanan menyatakan tugas RS pada ketika ini tidak hanya tertumpu kepada pengawalan sempadan di kawasan utara Semenanjung Malaysia sahaja.

“Ini sejajar dengan penstrukturan pasukan RS sebagai Batalion Infantri Standard (BIS),

“Atur gerak terkini RS adalah meliputi kawalan di sempadan Malaysia/Kalimantan serta kawasan Pantai Timur Sabah dalam Operasi PASIR,” katanya. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Pertahanan #RejimenSempadan

Related Articles

Leave a Reply