Home Pertahanan dan Keselamatan LMS Batch 2: ‘ADA’ menjadi pilihan?

LMS Batch 2: ‘ADA’ menjadi pilihan?

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 15 MAC – Teka-teki perolehan Kapal Misi Pesisir (Littoral Mission Ship) Batch 2 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mungkin sudah pun terjawab.

Ini dengan melihat dengan penyataan jawapan lisan Menteri Pertahanan di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan pelaksanaan perolehan LMSB2 dilaksanakan dengan pendekatan Government to Government dengan Turkiye.

“Ia dilakukan dengan syarikat berkaitan Kerajaan Turkiye secara rundingan terus iaitu Savunma

Teknolojieri Muhendislik (STM),” kata penyataan itu.

Menurut Khaled, Kementerian Kewangan (MOF) pada 18 Januari 2024 telah memberi kelulusan terhadap perkara ini.

“Susulan itu, Kementerian Pertahanan telah mengeluarkan surat niat kepada pihak syarikat pada 5 Februari 2024 dan pihak syarikat telah memberikan maklum balas pada 8 Februari 2024 untuk berunding dengan Kementerian Pertahanan sebagai wakil Kerajaan,

“Pada masa ini, Kementerian Pertahanan melalui TLDM sedang di peringkat rundingan terperinci berhubung spesifikasi yang ditawarkan dan seterusnya akan melaksanakan rundingan harga sebelum perolehan ini dimuktamadkan,” katanya.

Kerajaan sebelum ini telah meluluskan perolehan 3 buah kapal LMS Batch 2 bagi memenuhi keperluan kombatan TLDM.

LMSB2 dilaporkan berbeza dengan siri sebelumnya di mana ia akan dilengkapi dengan misil pertahanan udara dan misil anti permukaan.

Walaupun belum muktamad, rundingan pada ketika ini jelas memihak kepada kelas ADA (MILGEM) yang ditawarkan oleh STM.

 

Pun begitu, melihat kepada kenyataan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman sebelum ini, kertas perolehan LMSB2 dijangka akan diselesaikan pada pertengahan tahun ini. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Pertahanan #TLDM #STM

Related Articles

Leave a Reply