Home Teknologi Pertahanan Aliaca, UAS jadi mata dan telinga Tentera Laut Perancis

Aliaca, UAS jadi mata dan telinga Tentera Laut Perancis

by M.Daim

Baru-baru ini, kerajaan Perancis telah melakukan pesanan sejumlah pesawat tanpa pemandu Aliaca dari anak syarikat Airbus Defence and Space, Survey Copter.

Perolehan bernilai $32.3 juta (RM153.94 juta) ini melibatkan 30 buah pesawat dan 15 sistem yang dipasang di atas kapal.

Aliaca seberat 16 kilogram ini mampu untuk terbang pada jarak 50 kilometer dan beroperasi secara autonomi selama 3 jam.

Menurut Airbus, UAV ini adalah hasil kajian dan pembangunan yang telah dilakukan selama 10 tahun.

“UAV ini telah disesuaikan untuk melaksanakan misi ISR, perlindungan dan juga pemantauan di kawasan daratan, pesisir serta maritim,” kata Airbus.

Pembekalan Aliaca kepada tentera laut Perancis merupakan sebahagian daripada kontrak SMDM (Systèmes de Mini Drones aériens embarqués de la Marine, Sistem Dron Mini Udara Marin) yang ditandatangani pada tahun 2020.

“Kontrak ini meliputi pembekalan awal 11 sistem (22 pesawat), latihan berkaitan dan sokongan logistik bersepadu,

“SMDM kini mengintegrasikan dan melengkapkan bot peronda laut lepas (PHM), bot peronda luar negara (POM) baharu dan frigat pengawasan (FS) untuk mengukuhkan keupayaan pengawasan, pengesanan serta identifikasi di ruang udara,” kata Airbus dalam emel.

Tambahnya, pelbagai misi dapat dilaksanakan dengan menggunana UAS ini terutamanya dalam membanteras aktiviti haram di kawasan perairan, pengesanan pencemaran dan pengawasan.

“15 sistem tambahan dirancang akan diserahkan kepada tentera laut Perancis pada tahun ini,

“Ia sekaligus meningkatkan keupayaan mereka di kawasan perairan serta memperluaskan skop operasi,” jelas Airbus. – airtimes.my

#AirTimes #TeknologiPertahanan #Airbus #Aliaca

Related Articles

Leave a Reply