Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 3,000 karton rokok gagal diseludup masuk ke Malaysia

3,000 karton rokok gagal diseludup masuk ke Malaysia

by Nurulhuda

SERIAN, 8 Feb – Tentera Darat Malaysia (TDM) menggalkan cubaan menyedup masuk 3,000 karton rokok pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM95,000.00 di Serian, tengah malam tadi.

Sel Perhubungan Raya, Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) memaklumkan, kesemua rokok tersebut dikesan oleh anggotanya yang sedang melaksanakan rondaan di sekitar Sektor Pos GABMA Tebedu pada jam 12.15 tengah malam.

“Dalam kejadian itu, anggota mengesan sekumpulan individu yang tidak dikenali sedang berjalan membawa kotak-kotak barang melintasi sempadan menuju ke Malaysia,

“Kesemua penyeludup bagaimanapun berjaya melepaskan diri semasa serbuan dibuat,” jelas pihak 1 Div dalam kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, hasil pemeriksaan menjumpai sebanyak 3,000 karton rokok pelbagai jenama dipercayai tidak bercukai seperti rokok jenama ERA Full Flavour sebanyak 1,400 karton; rokok jenama ERA Black Menthol sebanyak 1,000 karton serta rokok ERA Premium sebanyak 600 karton.

Menurutnya, kesemua rampasan telah diserahkan kepada pihak KASTAM Tebedu untuk tindakan lanjut dan laporan polis dibuat di Balai Polis Tebedu.

Tambah kenyataan itu, pihaknya akan terus kekal siaga dan komited mengawal keselamatan dan memastikan kedaulatan negara terus terpelihara terutama dalam memastikan tiada sebarangan pencerobohan PATI ataupun jenayah rentas sempadan berlaku. -airtimes.my

#airtimes #TDM #pertahanan #seludup

Related Articles

Leave a Reply