Home Teknologi Pertahanan Amerika Syarikat mula hasilkan pesawat pengebom stealth

Amerika Syarikat mula hasilkan pesawat pengebom stealth

by M.Daim

WASHINGTON, 23 JAN – Pihak kerajaan Amerika Syarikat telah memberikan lampu hijau untuk pengeluaran pesawat pengebom stealth, B-21 Raider.

Pesawat pengebom generasi ke-6 tersebut akan memasuki fasa pengeluaran awal kadar rendah (low-rate initial production).

B-21 Raider sebelum ini telah melaksanakan penerbangan ulungnya pada 10 November 2023 lalu di California.

Media antarabangsa memetik kenyataan oleh William LaPlante, setiausaha rendah perolehan Pentagon yang menyatakan pihaknya telah memberikan lampu hijau kepada syarikat Northrop Grumman untuk melaksanakan fasa seterusnya.

“Pengeluaran B-21 sedang menuju ke fasa sterusnya. Berdasarkan keputusan ujian dan penerbangan, saya telah memberikan kebenaran untuk memulakan pengeluaran pesawat ini pada kadar rendah,” kata LaPlante dalam laporan itu.

B-21 Raider merupakan pesawat pengebom generasi ke-6 yang dibangunkan oleh Northrop Grumman.

B-21 Raider kali pertama diperkenalkan kepada umum dalam satu majlis yang diadakan pada akhir 3 Disember 2022 lalu.

Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) sebelum ini mengesahkan pesawat tersebut telah melaksanakan penerbang latihan yang kedua di Pangkalan Tentera Udara Edwards pada minggu lalu.

Pembangunan B-21 Raider bemula dengan program Pesawat Pengebom Jarak Jauh (Long Range Strike Bomber, LRS-B). Kontrak pembangunan ini kemudiannya dianugerahkan kepada pihak Northrop Grumman.

Sehingga kini, sebanyak 6 buah B-21 Raider telah dihasilkan bagi tujuan siri ujian. USAF dilaporkan merancang untuk membeli 100 buah pesawat ini.

Pesawat pengebom generasi ke-6 ini akan menggantikan peranan B-1B Lancer dan B-2 Spirit. – airtimes.my

#AirTimes #TeknologiPertahanan #B21 #Raider

Related Articles

Leave a Reply