Home SemasaGlobal B-21 Raider: Pesawat pengebom generasi ke-6 pertama Amerika Syarikat

B-21 Raider: Pesawat pengebom generasi ke-6 pertama Amerika Syarikat

by M.Daim

CALIFORNIA, 3 Dis – Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) telah mempamerkan pesawat pengebom B-21 untuk julung kali kepada umum.

Pesawat terbaharu itu telah dipamerkan dalam satu majlis yang diadakan di fasiliti syarikat pengeluar, Northrop Grumman di Palmdale.

Pengerusi dan Ketua Eksekutif Northrop, Kathy Warden menegaskan pesawat terbaharu ini akan memberikan keupayaan cegah rintang kepada USAF.

“Pesawat ini merangkumi teknologi stealth generasi baharu yang direka khusus untuk USAF bagi memenuhi keperluan misi yang kompleks,

“Dengan B-21 Raider, USAF berupaya untuk mengekang dan mengempur mana-mana ancaman di serata dunia,

“Perubahan teknologi yang kian membangun dari masa ke semasa telah membolehkan pesawat ini untuk mengatasi mana-mana ancaman yang ada,” katanya dalam ucaptama majlis.

B-21 Raider dipamerkan kepada umum untuk kali pertama semenjak pembangunan program ini pada tahun 2015.

Sementara itu, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd J. Austin III menyatakan kemampuan pesawat ini terumatanya dari segi jarak tidak mampu ditandingi oleh mana-mana pesawat pengebom sedia ada.

Menurut beliau, pesawat ini turut berupaya untuk mengatasi mana-mana ancaman dari sistem persenjataan anti pesawat.

“Pesawat ini direka untuk menggugurkan bom konvesional dan nuklear dengan kadar ketepatan yang tinggi,

“Seperti pesawat pengebom terdahulu, B-21 akan mampu untuk memainkan peranan dalam operasi bersama merentasi semua spektrum operasi,” Austin.

Sementara itu, Northrop Grumman dalam satu kenyataan berkata, pesawat pengebom terbaharu ini merupakan pesawat generasi ke-6 yang dioperasikan oleh Amerika Syarikat.

“B-21 adalah hasil daripada pembangunan 3 dekad dalam teknologi peperangan dan stealth,

“Ia merupakan evolusi terbaharu untuk angkatan pesawat pengebom strategik USAF,” jelas kenyataan itu. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply