Home Pertahanan dan Keselamatan Malaysia, Thailand kongsi kepakaran operasi kawal perairan sungai di sempadan

Malaysia, Thailand kongsi kepakaran operasi kawal perairan sungai di sempadan

by Nurulhuda

MUEANG CHIANG RAI, 12 Jan – Malaysia dan Thailand bertukar kepakaran mengenai cara pengoperasian pengawalan perairan sungai di sempadan.

Perkara itu telah dizahirkan melalui lawatan kerja ulung Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman ke Royal Thai Armed Forces, pada Khamis.

Markas ATM menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, Panglima Angkatan Tentera telah mengadakan sesi taklimat bersama Pegawai Royal Thai Navy dari Mekong Riverine Unit (MRU).

MRU merupakan pasukan yang bertanggungjawab terhadap pengawalan dan keselamatan Sungai Mekong serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Untuk maklumat, Sungai Mekong adalah sungai ke 12 terpanjang di dunia dengan jarak kira-kira 4,880 kilometer (km) yang mengalir dari Dataran Tibet di utara melalui Yunnan di China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam.

Sungai Mekong juga merupakan sungai ke 10 terbesar di dunia dari segi isipadu dan mengeluarkan 475 km padu air setiap tahun.

Manakala, lembangannya pula berkeluasan 812,000 km persegi. Semua negara yang memiliki Sungai Mekong dalam tanahnya kecuali China dan Myanmar, menyertai Suruhanjaya Sungai Mekong (Mekong River Commission,MRC).

“MRU berkerjasama rapat dengan MRC dalam pengawalan keselamatan Sungai Mekong di sepanjang tanah Thailand dengan penempatan 7 pos pengawalan,

“MRU juga berkerjasama dengan Laos dan Kemboja dalam aspek rondaan Sungai Mekong di sempadan kedua-dua negara dengan jarak rondaan kira-kira 917km,

“Masalah utama yang dihadapi oleh MRU dalam membuat pengawalan keselamatan terhadap Sungai Mekong adalah berkaitan dengan penyeludupan dadah dan barang terlarang, kemasukan pendatang asing dan juga jenayah rentas sempadan,” jelas hantaran itu. -airtimes.my

#pertahanan #ATM #Malaysia #Thailand #airtimes

Related Articles

Leave a Reply