Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat tahan 9 PATI Myanmar ceroboh masuk Malaysia

Tentera Darat tahan 9 PATI Myanmar ceroboh masuk Malaysia

by Nurulhuda

BUKIT KAYU HITAM, 26 Dis – Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 9 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang cuba menceroboh masuk negara melalui laluan haram di sempadan Malaysia-Thailand hari ini.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div) memaklumkan, kesemua PATI itu dikesan di Sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd) kira-kira jam 8.17 pagi.

“Pasukan beroperasi yang sedang melaksanakan rondaan jalan kaki telah mengesan sekumpulan orang awam dalam keadaan mencurigakan di kawasan kebun getah di sempadan Malaysia-Thailand,

“Hasil pemeriksaan mendapati 5 lelaki dan 4 wanita berusia lingkungan 18 hingga 36 tahun itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan cuba masuk ke Malaysia melalui laluan haram di sempadan,

“Turut dirampas 8 buah telefon bimbit, wang tunai dalam matawang Malaysia dan Myanmar dengan jumlah keseluruhan RM5,096.10,” jelas pihak 2 Div dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah pihak 2 Div, kesemua PATI telah diserahkan kepada pihak polis di Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut.

“Pasukan beroperasi akan terus memastikan keselamatan sempadan negara daripada aktiviti jenayah rentas sempadan khususnya kemasukan PATI,” tambahnya lagi. -airtimes.my

#TDM #PATI #Malaysia #Myanmar #pertahanan

Related Articles

Leave a Reply