Home Pertahanan dan Keselamatan Ops Mini Dhaka: Tiada kompromi pegawai, anggota polis terlibat jenayah – Ayob Khan

Ops Mini Dhaka: Tiada kompromi pegawai, anggota polis terlibat jenayah – Ayob Khan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi terhadap 3 anggota polis yang ditahan kerana disyaki mencuri wang tunai berjumlah RM85,000 semasa operasi bersepadu di Jalan Silang, sekiranya didapati bersalah.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sepertimana ditegaskan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini, isu sedemikian tidak timbul, malah pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pegawai atau anggota yang dituduh, sekiranya mereka didapati bersalah.

“Jadi tiada isu hendak lindungi pegawai atau anggota kita (polis). Kita tidak akan bertolak ansur, kalau ada pegawai yang ditahan dan dituduh, kita akan menjalankan siasatan,

“Kalau ada asas kita akan tangkap mereka dan tidak akan melindungi pegawai atau anggota,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pada Selasa.

Beliau berkata, siasatan lanjut berhubung kes itu dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Ayob Khan berkata, ketiga-tiga anggota PGA yang ditahan kini disambung reman untuk siasatan lanjut.-airtimes.my

#keselamatan #PDRM #OpKhas #PGA #airtimes

Related Articles

Leave a Reply