Home Teknologi Pertahanan Singapura naik taraf 6 kapal frigat Formidable

Singapura naik taraf 6 kapal frigat Formidable

by M.Daim

SINGAPURA, 16 DIS – Kerajaan Singapura akan naik taraf 6 buah kapal frigat kelas FORMIDABLE yang dioperasikan oleh laut negara republik itu.

Perkara tersebut dinyatakan oleh syarikat pertahanan Singapura, ST Engineering yang menjelaskan pihaknya telah dianugerahkan kontrak tersebut oleh pihak kerajaan.

“ST Engineering akan mengendalikan reka bentuk dan kejuruteraan tingkat upaya sistem marin serta elektrik kapal frigat,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tingkat upaya tersebut merangkumi Sistem Pengurusan Kapal dan Sistem Janakuasa.

“Naik taraf kapal perang akan dilaksanakan secara berperingkat. Frigat pertama akan selesai menjalani naik taraf pada tahun 2028,” kata kenyataan itu.

Angkatan Laut Republik Singapura (Republic of Singapore Navy, RSN) mengoperasikan 6 buah kapal frigat kelas Formidable. Kesemua kapal tersebut dibina pada tahun 2002 hingga 2009.

Ia merupakan kapal frigat stealth pelbagai peranan yang dihasilkan dengan kerjasama DCNS dan ST Engineering. Reka bentuk kapal ini adalah berdasarkan rekaan LA FAYETTE yang dioperasikan oleh Tentera Laut Perancis.

Rancangan untuk tingkat upaya frigat Formidable telah digariskan oleh kerajaan Singapura pada tahun 2022. Tingkat upaya ini menjadi salah satu elemen pembentukan generasi baharu Angkatan Tentera Singapura pada 2040.

Menurut akhbar Singapura, tingkat upaya ini bukan sekadaran penambahan dan pengubahsuaian.

“Selain dinaiktaraf, keupayaan frigat ini akan bertambah. Ia akan dilengkapi dengan sistem komunikasi dan pengurusan tempur yang lebih baik,

“Selain itu, ia akan dilengkapi dengan sistem persenjataan baharu serta penambahbaikan sistem penyelenggaraan,” lapor The Straits Times yang memetik kenyataan Menteri Pertahanan Singapura, Dr Ng Eng Hen semasa perbahasan belanjawan Singapura pada 2022. – airtimes.my

#AirTimes #Singapura #RSN #Formidable #Frigat #TeknologiPertahanan

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?