Home Teknologi Pertahanan Rusia guna Penicillin cari dan kenal pasti sasaran di medan pertempuran

Rusia guna Penicillin cari dan kenal pasti sasaran di medan pertempuran

by M.Daim

MOSKOW, 15 DEC – Tentera Rusia menggunakan sistem yang dikenali sebagai Penicillin bagi mengesan dan mengenal pasti sasaran.

Sistem peninjau yang dibangunkan oleh NII Vector itu melibatkan penggunaan sistem penderia akustik-thermal.

“Sistem ini direka untuk mengesan musuh dengan menggunakan gelombang bunyi bagi mengesan tindakan mereka seperti tembakan meriam,

“Selepas dikesan, kedudukan musuh akan dilaporkan kepada pihak ibu pejabat yang akan memberikan keputusan sama ada sasaran tersebut akan dimusnahkan atau memerlukan tinjauan berterusan,” lapor media Rusia yang memetik komander pasukan tentera yang menggunakan sistem Penicillin.

Menurutnya, sistem ini turut digunakan bagi mengesahkan kemusnahan pada sasaran.

Penicillin yang dibangunkan oleh syarikat pertahanan Rusia itu merupakan sistem pengesan artileri (counter artillery system). Ia direka untuk mengesan tembakan artileri, mortar, artileri roket serta kedudukan pertahanan udara dan pelancar misil taktikal.

Sistem pengesan ini lazimnya dipasang pada trak 8×8 Kamaz. Ia mampu beroperasi secara automatik.

Selain daripada itu, Penicillin digunakan bagi mengatur dan menyusun semula tembakan artileri pasukan sahabat. – airtimes.my

#AirTimes #Rusia #TeknologiPertahanan # Penicillin

Related Articles

Leave a Reply