Home SemasaGlobal Serangan Houthi: 2 syarikat perkapalan global gantung pelayaran di Laut Merah

Serangan Houthi: 2 syarikat perkapalan global gantung pelayaran di Laut Merah

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 16 DIS – Syarikat perkapalan kontena global memutuskan untuk menggantung pelayaran melalui Laut Merah.

Ia berikutan siri serangan yang dilancarkan oleh pihak Houthi di Yaman yang mengancam keselamatan pelayaran di laluan tersebut.

Syarikat perkapalan Jerman, Hapag-Lloyd mengambil keputusan tersebut selepas sebuah kapal mereka terkena serangan dari Houthi.

“Hapag-Lloyd menggantung semua operasi pelayaran kapal kontena melalui Laut Merah sehingga Isnin,” lapor AFP.

Sementara itu, Reuters memetik kenyataan syarikat Denmark, A.P. Moller-Maersk yang menjelaskan mereka akan menggantung operasi di kawasan perairan tersebut sehingga satu tempoh yang ditetapkan.

Keputusan oleh kedua-dua syarikat terbabit dibuat berikutan beberapa insiden yang  melibatkan kapal dagang di Laut Merah. – airtimes.my

#Global #LautMerah #Houthi

Related Articles

Leave a Reply