Home Pertahanan dan Keselamatan #Pertahanan: Malaysia, 4 negara FPDA laksana eksesais gabungan hadapi situasi pelbagai ancaman

#Pertahanan: Malaysia, 4 negara FPDA laksana eksesais gabungan hadapi situasi pelbagai ancaman

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 1 OKT – Angkatan Tentera negara-negara Perjanjian Pertahanan Lima Negara (Five Power Defence Arrangements, FPDA) akan melaksanakan latihan di sekitar Semenanjung Malaysia dan Laut China Selatan bermula 2 hingga 20 Oktober ini.

Bahagian Hal Ehwal Awam Markas Angkatan Bersama (MK AB) memaklumkan, Eksesais BERSAMA LIMA 2023 (BL23) merupakan latihan gabungan antara angkatan tentera negara-negara FPDA iaitu Australia, Malaysia, New Zealand, Singapura dan United Kingdom.

“Eksesais ini akan dilaksankan secara Field Training Exercise (FTX) di sebahagian kawasan perairan, darat, udara Semenanjung Malaysia dan Singapura termasuk kawasan perairan serta udara Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia di Laut China Selatan,

“Eks BL23 ini dilaksanakan pada setiap tahun secara bergilir oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF),

“Eksesais ini diadakan adalah untuk melatih keupayaan pasukan pertahanan FPDA di dalam mengatur-gerak, merancang dan menjalankan operasi di peringkat Combined Joint Task Force (CJTF) dengan mengkhususkan kepada integrasi taktikal gabungan dan bersama pada persekitaran pelbagai ancaman,” jelas MK AB dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat aset-aset tentera negara-negara FPDA beroperasi di kawasan latihan sepanjang tempoh eksesais berlangsung.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply