Home Teknologi Pertahanan #Pertahanan: Meriam Berantai M242 25 mm, kayu pemukul utama AV8 Gempita IFV

#Pertahanan: Meriam Berantai M242 25 mm, kayu pemukul utama AV8 Gempita IFV

by Muaz Rizqi

Penggunaan senjata meriam adalah salah satu sebuah teknologi terawal serta mesin paling tua kerana ia turut digunakan ketika zaman perang dunia pertama dan masih digunakan sehingga kini.

Dalam era Kesultanan Melayu pada abad ke-16, meriam unik yang direka diberi nama “Lela” dan juga “Rentaka” mula digunakan atas dasar urusan perdagangan serta perperangan. Model yang dicipta pada masa itu lebih kecil dan lebih mudah dipindahkan.

Pada ketika itu, meriam digunakan di atas kapal-kapal dagang ataupun kapal perang kerajaan untuk menghalau lanun laut dan juga digunakan ketika menghadapi peperangan di perairan.

Jika dilihat pada masa kini, Meriam Berantai M242 adalah merupakan senjata meriam automatik moden yang dibangunkan oleh McDonnell Douglas pada tahun 1985. Kini ia dihasilkan oleh Alliant Techsystems (ATK) di Arizona, Amerika Syarikat.

Meriam M242 digunakan secara meluas oleh tentera Amerika Syarikat pada kenderaan tempur Bradley dan pelbagai kenderaan darat. Meriam itu turut dipasang pada kapal bagi menangani serangan jarak dekat di perairan.

M242 itu sendiri boleh dipasang pada sejumlah besar platform dan ia kini digunakan dalam beberapa bentuk dengan pasukan tentera pelbagai negara.

Selain itu, M242 juga telah digunakan oleh negara daripada New Zealand, Norway, Sepanyol, Sri Lanka, Kanada, Australia, Filipina, Singapura dan tidak ketinggalan juga Malaysia.

Namun penggunaan secara meluas telah menghasilkan beberapa variasi dan pengubahsuaian pada sistem senjata asal M242.

Tentera Marin Amerika Syarikat menjalankan latihan menembak meriam berantai M242 25 mm di atas kenderaan berperisai ringan.

 

Dalam pada itu, reka bentuk senjata M242 menggunakan saiz peluru yang berkaliber 25 mm. Senjata itu mempunyai berat sekitar 119 kg.

Jarak keberkesanan senjata itu boleh menjangkau sejauh 2,000 m dan jarak maksimumnya adalah 6,800 m.

Senjata M242 itu juga turut digunakan di dalam pasukan Tentera Darat Malaysia yang dilengkapkan sebagai senjata utama kenderaan tempur berperisai AV8 Gempita IFV 25 mm. -airtimes

Related Articles

Leave a Reply