Home Pertahanan dan Keselamatan #Pertahanan: Panglima Medan Timur Tentera Darat dilantik Naib Canselor baharu UPNM

#Pertahanan: Panglima Medan Timur Tentera Darat dilantik Naib Canselor baharu UPNM

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 27 Jul – Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang baharu berkuat kuasa, semalam.

Pihak UPNM memaklumkan, pelantikan Mardzuki sebagai Naib Canselor ketujuh itu bagi menggantikan Leftenan Jeneral Hasagaya Abdullah yang akan bersara dan menamatkan perkhidmatannya.

Majlis serah terima tugas tersebut telah disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri (Dr) Syed Azman Syed Ibrahim di Bilik Mesyuarat Senat, Bangunan Canselori UPNM, pada Khamis.

“Pengiktirafan Kementerian Pendidikan Tinggi di atas kredibiliti dan kecemerlangan beliau, seterusnya telah diperkenan dan dilantik sebagai Naib Canselor UPNM,

“Perlantikan ini bagi meneraju tampuk kepimpinan tertinggi UPNM dalam memperkasa sistem pembelajaran yang komprehensif dan latihan yang berorientasikan pertahanan sebagai tunjang utama dalam pendidikan UPNM melahirkan graduan yang berkualiti,” jelas UPNM dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Mardzuki dalam ucapannya menyatakan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk memacu UPNM dalam meningkatkan lagi kecemerlangannya seiring hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi.

Dalam kenyataan yang sama, seluruh warga UPNM turut mengambil kesempatan untuk menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah di atas pelantikan ini. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply