Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat #Pertahanan: 11 PATI Thailand dicekup ketika seberang Sungai Golok

#Pertahanan: 11 PATI Thailand dicekup ketika seberang Sungai Golok

by Nurulhuda

TANAH MERAH, 13 Jul – Cubaan 11 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand untuk menyusup masuk negara secara haram, gagal apabila ditahan oleh anggota Tentera Darat Malaysia (TDM), malam tadi.

Markas Divisyen Kedua Infantri (2 Div) memaklumkan, kesemua warga asing yang terdiri daripada 6 orang lelaki dan 5 wanita berusia 16 hingga 35 tahun itu ditahan ketika menyeberangi Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand, pada jam 20.10 malam.

Menurutnya, PATI berkenaan ditahan di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Bgd).

“Anggota operasi merampas 14 buah telefon bimbit, wang tunai dalam matawang Malaysia dan Thailand, 3 Kad Pengenalan Warganegara Thailand, 3 Passport, 5 Border Pass dan 25 buah beg galas,

“Selain itu, 6 bentuk cincin emas, 3 utas gelang emas, 2 utas rantai emas, 4 bentuk cincin perak dan 1 utas rantai perak dengan anggaran nilai keseluruhan sebanyak RM33,041.47 turut dirampas,” jelasnya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pihak Markas 2 Div memaklumkan, kesemua PATI akan diserahkan kepada Balai Polis Bukit Bunga untuk tindakan selanjutnya.

Tambah Markas 2 Div, pasukan beroperasi akan terus mempertingkatkan rondaan dan kawalan di sempadan bagi mengekang jenayah rentas sempadan khususnya kemasukan PATI. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply