Home Pertahanan dan Keselamatan #Pertahanan: Iron Fist – Skuadron pesawat pejuang TUDM berentap untuk rebut ‘Top Gun’

#Pertahanan: Iron Fist – Skuadron pesawat pejuang TUDM berentap untuk rebut ‘Top Gun’

by M.Daim

LABUAN, 11 JULAI – Skuadron-skuadron pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia  (TUDM) berada di Labuan bagi melaksanakan Eksesais Iron Fist.

Eksesais ini melibatkan jet pejuang Hawk 108/208, F/A-18D dan Su-30 MKM.

TUDM dalam hantaran di akaun media sosial rasminya berkata, latihan ini telah dilaksanakan di Pangkalan Udara Labuan dan Lapang Sasar Udara (LASARUD) Kota Belud untuk 2 tempoh berasingan dalam bulan Jun dan Julai.

“Latihan ini dilaksanakan dalam siri Eksesais JAGUH 23 yang merupakan program dwitahunan berprestij yang dianjurkan oleh TUDM,

“Ia diadakan bagi menguji kemahiran (skill), kompetensi dan mewujudkan semangat daya saing yang sihat di antara juruterbang, anak kapal serta anggota kejuruteraan TUDM dalam melaksanakan operasi udara,

“Eksesais Iron Fist juga melibatkan pertandingan di antara skuadron pesawat pejuang yang bukan sahaja menguji tahap kecekapan dan pemangkin semangat setia kawan malah lebih penting ialah menguji tahap kesiagaan TUDM,” katanya.

Jelas TUDM, penilaian dilakukan dari aspek utama iaitu Air to Ground, Ground Attack Tactic/Surface Attack Tactic dan Ground crew.

Pertandingan ini juga bakal menyaksikan pemenang bagi kesemua skuadron pejuang untuk dinobatkan dalam tiga gelaran iaitu “Top Gun Pilot”, “Top Ground Crew” dan “Top Gun Squadron” semasa Malam Jaguh 2023 nanti. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply