Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 10 PATI sembunyi dalam hutan diberkas

10 PATI sembunyi dalam hutan diberkas

by Nurulhuda

JOHOR, 16 Mei – Sejumlah 10 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan ketika sedang bersembunyi di sekitar kawasan hutan di Penggerang, pada Isnin.

PATI berkenaan ditahan menerusi Op MERPATI I di kawasan tanggungjawab (KTJ) Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd).

Pihak Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) berkata, kesemua PATI berkenaan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai merentas masuk secara haram menggunakan bot.

“Kumpulan Rondaan bermotosikal telah mendapati pergerakan mencurigakan sekumpulan manusia di kawasan hutan di Penggerang, sekitar jam 4.25 pagi,

“Sejurus sahaja mendapat maklumat, Kumpulan Tindak Cepat yang diaturgerak telah berjaya menangkap 10 lelaki yang sedang bersembunyi di sekitar kawasan hutan pada jam 5.05 pagi,” jelas pihak 3 Div menerusi satu kenyataan malam tadi.

Menurutnya, kesemua PATI yang berumur 18 hingga 50 tahun itu telah diserahkan ke Jabatan Imigresen Malaysia Setia Tropika, Johor Bahru selepas menjalani saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Sungai Rengit.

Tambahnya, seorang PATI didapati positif COVID-19 dan telah diasingkan, manakala PATI selebihnya didapati negatif COVID-19.

Dalam masa yang sama, pihak 3 Div menasihatkan penduduk setempat untuk menyalurkan maklumat berkaitan tekong darat dan gerak-geri PATI bagi memastikan unsur-unsur yang boleh mengugat kedaulatan negara seperti ini dapat dihapuskan dengan sewajarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?