Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Adi Ridzwan Panglima 21 GGK ke-16 – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Adi Ridzwan Panglima 21 GGK ke-16

Adi Ridzwan Panglima 21 GGK ke-16

by M.Daim

MERSING, 13 Mei –  Mejar Jeneral Adi Ridzwan Abdullah hari ini dilantik sebagai Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21GGK) yang baharu.

Satu majlis serah terima tugas Panglima 21 GGK telah diadakan di Padang Kawad Markas 21GGK pada hari ini.

Majlis disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman.

Mejar Jeneral Adi Ridzwan Abdullah (kanan) menggantikan Mej Jen Nubli Hashim. Foto: Air Times/M Daim

Adi menggantikan Mej Jen Nubli Hashim yang telah menerajui 21 GGK semenjak 6 September 2021.

Terdahulu, Panglima Tentera Darat telah menyempurnakan pemakaian pangkat Mej Jen kepada Adi Ridzwan.

Majlis kemudian disusuli dengan acara Serah Terima Tugas dan Penyerahan Tongkat Kuasa Panglima 21GGK di antara Nubli dan Adi Ridzwan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?