Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 52 RAD bantu baik pulih rumah waris anggota

52 RAD bantu baik pulih rumah waris anggota

by Muaz Rizqi

JENIANG, 30 Mac – Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi Rejimen Ke-52 Artileri DiRaja telah mengaturgerak seorang pegawai dan 23 anggota bagi memberi bantuan membaik pulih rumah waris Koperal Nazrin Shah Mohd Shaffie, kerani Sel Ordnan, MK Bgd Arti Roket di Jeniang pada Selasa lalu.

Pihak 52 RAD menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, bantuan tersebut dilaksanakan untuk membaik pulih rumah waris anggota yang mengalami kerosakan ekoran kejadian ribut pada 27 Mac 23.

“Anggota dan keluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pegawai Memerintah 52 RAD, Leftenan Kolonel Mohd Ridzuan Abdul Aziz di atas lawatan kebajikan dan bantuan tenaga kerja yang telah diberikan oleh anggota 52 RAD,

“Bantuan ini bertepatan dengan Perintah Ulung (PU) Panglima Briged Arti Roket Ke-8, SPEAR – E (EMPATHY) yang bermaksud memahami situasi dan apa yang dialami oleh orang lain,” jelas hantaran itu lagi.

Tambahnya lagi, aktiviti ini juga selari dengan PU PMB TD, SELADANG – L (LESTARI) melestarikan kehidupan keluarga yang konduksif melalui program-program yang sistematik dan terancang. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply