Home Pertahanan dan Keselamatan Imigresen Sabah usir 9,938 PATI sejak 2021

Imigresen Sabah usir 9,938 PATI sejak 2021

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Jabatan Imigresen Sabah telah mengusir seramai 9,938 pendatang asing tanpa izin (PATI) atas pelbagai kesalahan sejak dari tahun 2021 hingga 27 Mac 2023.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan, ia membabitkan seramai 2,497 PATI diusir pada tahun 2021; 5,450 PATI (2022) serta 1,991 PATI bagi tempoh 1 Januari hingga 27 Mac tahun ini.

Menurutnya, statistik jabatan Imigresen Sabah juga mendapati sehingga kini terdapat 4,655 PATI yang masih lagi ditahan di 4 depot yang terdapat di negeri tersebut.

“Berdasarkan pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan melibatkan premis perniagaan atau perusahaan, sepanjang tahun 2021, sebanyak 1,076 operasi penguatkuasaan telah dilaksanakan dengan tangkapan sebanyak 1,881 PATI dan 45 majikan,

“JIM Sabah telah melaksanakan 700 operasi, melibatkan tangkapan 1,437 PATI daripada pelbagai negara dan 14 majikan atas pelbagai kesalahan Imigresen pada tahun 2022,

“Sehingga tahun 2023 pula, terdapat 265 operasi, 487 PATI yang ditangkap, 2 majikan dan 6,405 pemeriksaan dibuat pada tahun ini,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Lo Su Fui (GRS-Tawau) yang memintanya menyatakan tindakan telah dilaksanakan terhadap PATI yang terdapat di Sabah khususnya Tawau yang banyak menimbulkan gejala sosial dan keselamatan yang meresahkan penduduk setempat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya akan terus mempergiatkan usaha mengusir PATI ke negara asal dan mengadakan perundingan secara berkala dengan kerajaan Filipina serta Indonesia bagi mempercepatkan proses penghantaran pulang tahanan tersebut.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply