Home SemasaGlobal Kapal tentera China ganggu isyarat radio, navigasi pesawat awam di Laut China Selatan

Kapal tentera China ganggu isyarat radio, navigasi pesawat awam di Laut China Selatan

by M.Daim

CANBERRA, 20 Mac – Kapal tentera laut China didakwa telah menyebabkan gangguan komunikasi dan navigasi pesawat awam.

Perkara tersebut disuarakan oleh syarikat penerbangan awam Australia, Qantas dalam satu memo.

“Pesawat milik Qantas telah mengalami gangguan isyarat radio pada saluran VHF dari stesen yang disyaki dari tentera China,

“Selain itu, pesawat turut mengalami gangguan isyarat GPS yang disyaki berpunca dari kapal perang yang beroperasi di kawasan barat laut di luar Australia,” kata memo itu.

Menurutnya, ia berdasarkan laporan-laporan yang diterima oleh pihak syarikat itu dari juruterbang mereka yang melakukan penerbangan di kawasan Asia.

Dalam pada itu, Persekutuan Antarabangsa Persatuan Juruterbang Laluan Udara (IFALPA) menyatakan pihaknya telah menerima maklumat bahawa penerbangan pesawat awam telah diganggu oleh kapal tentera di kawasan Pasifik terutamanya di Laut China Selatan, Laut Filipina dan kawasan Timur Lautan Hindi.

Tambahnya, terdapat kes melibatkan perubahan laluan vektor pesawat.

“Kami percaya terdapat gangguan kepada navigasi satelit GNSS dan radar altimeter,” katanya.

Pada masa yang sama, IFALPA mengesa juruterbang pesawat awam untuk tidak mempedulikan panggilan radio dari kapal tentera dan sebaliknya menghubungi pihak kawalan udara dengan segera. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply