Home Teknologi Pertahanan India berjaya lancar peluru berpandu BrahMos guna komponen domestik

India berjaya lancar peluru berpandu BrahMos guna komponen domestik

by M.Daim

NEW DELHI, 6 Feb – Tentera Laut India (India Navy, IN) telah berjaya melancarkan peluru berpandu supersonik BrahMos yang dipasang dengan komponen domestik.

Menurut pihak IN dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya, peluru berpandu tersebut dilancarkan dari sebuah kapal pembinasa dalam satu ujian penembakan yang dilaksanakan di Laut Arab.

“Pihak tentera laut berjaya melancarkan serangan yang tepat di Laut Arab dengan menggunakan peluru berpandu BrahMos,

“Peluru berpandu ini dilengkapi dengan sistem penjejak dan booster yang direka oleh pihak kajian dan pembangunan pertahanan India (DRDO),” katanya.

Menurutnya, ujian penembakan ini sekaligus meningkatkan keyakinan dalam kebergantungan dengan industri pertahanan domestik India.

Nama BrahMos adalah bersempena nama 2 sungai di India dan Rusia – Brahmatputra dan Moskva.

BrahMos merupakan peluru berpandu supersonik yang dihasilkan bersama India dan Rusia. Peluru berpandu ini mampu untuk dilancarkan dari pelbagai platform termasuk kapal selam, kapal, pesawat dan darat.

Peluru berpandu ini direka berdasarkan P-800 Oniks, peluru berpandu kruis super sonik anti kapal buatan Rusia.

BrahMos berupaya untuk menggempur sasaran sejauh 650 kilometer. Misil ini mempunyai aras penerbangan maksimum 15,000 meter dan serendah 5 meter. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply