Home Pertahanan dan Keselamatan Latihan AMET pertingkat kesiagaan elemen perubatan MALBATT 850-10

Latihan AMET pertingkat kesiagaan elemen perubatan MALBATT 850-10

by Nurulhuda

MARAKAH, 23 Feb – Pasukan Pengaman Batalion Malaysia (MALBATT) 850-10 telah melaksanakan Latihan Aero Medical Evacuation Team (AMET) di Helipad UNP 2-1, Kem Marakah pada Rabu.

Markas Angkatan Bersama (MK AB) menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, latihan ini dilaksanakan dengan kerjasama France Medical Team UNIFIL.

Menurutnya, latihan ini diadakan adalah untuk menguji kecekapan dan kesiapsiagaan Forward Medical Team MALBATT 850-10 dengan melakukan pemindahan pesakit menggunakan helikopter UNIFIL untuk dibawa mendapatkan rawatan di hospital tempatan.

“Latihan ini melibatkan penggunaan helikopter untuk pelaksanaan Medical Evacuation (MEDEVAC),

“Pelaksanaan latihan ini memberi peluang untuk Forward Medical Team MALBATT 850-10 dalam pengendalian pesakit yang memerlukan pemindahan dari ambulan ke pesawat,

“Selain itu, peralatan perubatan dapat diuji dan digunakan secara maksima bagi menghadapi situasi pemindahan kasualti jika berlaku keadaan sebenar,” jelas MK AB.

Tambahnya, secara tidak langsung, latihan ini telah menguji kesiagaan komunikasi dalam permohonan MEDEVAC dan menghadapi sebarang kemungkinan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply