Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Jasad anggota komando lemas diterbangkan pulang ke Sabah – Air Times News Network
Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Jasad anggota komando lemas diterbangkan pulang ke Sabah

Jasad anggota komando lemas diterbangkan pulang ke Sabah

by Bernama

SHAH ALAM, 20 Feb – Mayat Lans Koperal Edrin Baintim, 25, yang ditemukan terdampar semalam di paya bakau di Batu 8, Kampung Batu Laut, Tanjung Sepat, Banting, diterbangkan pulang ke Tongod, Sabah petang ini.

Abangnya, Muhammad Fikri Abdullah, 41, berkata mayat adiknya diterbangkan dari Pangkalan Tentera Udara Subang 5.30 petang tadi ke Lapangan Terbang Sandakan dan dijangka penerbangan tersebut mengambil masa kira-kira dua jam 45 minit.

“Tiba di Sandakan, mendiang akan dibawa ke kediaman keluarga kami di Kampung Maliau, Tongod.

“Seramai 16 orang termasuk adik-beradik dan keluarga terdekat akan mengiringi mendiang pulang ke Sabah menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),” katanya ketika dihubungi Bernama.

Proses bedah siasat mayat anggota komando itu di Hospital Banting selesai 2 petang tadi.

Pada 7 Feb lepas, Edrin yang juga anggota Tentera Darat Daripada Grup Gerak Khas (GGK) atau lebih dikenali sebagai komando dilaporkan hilang ketika menjalani latihan menyelam di 0.7 batu nautika barat daya Pulau Undan.

Mangsa hilang ketika eksesais ‘Pari Harimau’ iaitu kursus juruselam bersama enam pegawai dan 37 peserta dari Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) Sungai Udang, Melaka.- Bernama

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?