if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home PolitikBarisan Nasional UMNO: Digantung keahlian bukan satu pengakhiran tapi permulaan baharu – Hishammuddin

UMNO: Digantung keahlian bukan satu pengakhiran tapi permulaan baharu – Hishammuddin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan, penggantungan keahliannya selama 6 tahun dalam UMNO bukanlah satu pengakhiran dalam politk sebaliknya menjadi permulaan baharu untuk meneruskan perjuanganya.

Bekas Naib Presiden UMNO itu menjelaskan, ia adalah suatu perkara baharu yang perlu ditempuhi dalam meneruskan usaha serta agendanya membela agama, bangsa dan tanah air.

“Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sudah memutuskan untuk menggantung keahlian saya dalam parti selama 6 tahun,

“Berkenaan apa langkah seterusnya, saya terpaksa berbincang dengan kepemimpinan UMNO Sembrong untuk memikirkan apa hala tuju dan tindakan selanjutnya,

“Apa yang berlaku tidak sesekali mematahkan semangat saya untuk cekal berjuang demi agama bangsa dan tanah air,

“Ini bukanlah pengakhiran, tapi hanya permulaan. Permulaan yang baharu,” katanya dalam satu video yang dikongsi di Facebook beliau, malam tadi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai keputusan yang diambil MKT UMNO pada Jumaat yang menggantung keahliannya dalam parti selama 6 tahun.

Pada Jumaat, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, dalam kenyataannya mengesahkan penggantungan Hishammuddin, bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Salim Sharif.

Selain itu, MKT UMNO turut memecat bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar serta 5 ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, 9 ahli UMNO Bahagian Putrajaya, 2 ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 ahli UMNO negeri Pahang, dipecat keahlian. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply