Home Pertahanan dan Keselamatan Polis tahan 88 individu, lebih RM64 juta barangan dirampas

Polis tahan 88 individu, lebih RM64 juta barangan dirampas

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 24 Jan – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) iaitu Wildlife Crime Bureau) /Perisikan Siasaan Khas telah melancarkan sebanyak 35 serbuan dan operasi pada1 hingga 20 Januari lalu.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan memaklumkan, pasukan berkenaan telah menahan seramai 88 orang yang terdiri daripada 73 rakyat tempatan dan 15 warga asing dengan jumlah rampasan keseluruhan bernilai RM64,771,607.65 dalam operasi tersebut.

Beliau berkata, operasi tersebut dijalankan berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kastam 1967 dengan jumlah rampasan yang bernilai RM42,872,703.15.

“Selain itu, penahanan juga dibuat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dengan jumlah rampasan bernilai RM1,200,00.00,

“Akta Bahan Letupan 1957 (RM7,724,00.00) dan Akta Kawalan Bekalan 1961 (RM10,769,704.50)” jelasnya lagi.

Selain itu, beliau berkata, serbuan juga dilakukan dibawah Seksyen 13 (a) Akta Racun 1952 dengan jumlah rampasan bernilai RM2,200,000.00 serta Seksyen 170 Kanun Keseksaan sebanyak RM5,200.00.

Dalam kenyataan yang sama, beliau menjelaskan, pihaknya JKDNKA akan terus memacu langkah ke hadapan dengan melaksanakan operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan yang lain dalam memerangi jenayah kontraban serta pelbagai kesalahan lain.

“Kerjasama daripada orang ramai juga amat digalakkan bagi menyalurkan maklumat kepada PDRM untuk diambil tindakan selanjutnya,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply