Home Pertahanan dan Keselamatan Adly Zahari Timbalan Menteri Pertahanan yang baharu

Adly Zahari Timbalan Menteri Pertahanan yang baharu

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dilantik menjadi Timbalan Menteri Pertahanan yang baharu.

Ahli Parlimen Alor Gajah itu akan membantu Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengemudi kementerian tersebut dalam kerajaan perpaduan dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, pada sidang akhbar di Putrajaya sebentar tadi.

Beliau memaklumkan, Upacara Angkat Sumpah Jawatan akan berlangsung di Istana Negara jam 3 petang esok (10 Disember 2022).

“Setelah berbincang dengan semua ketua-ketua parti dan mengambil kira perwakilan dari semua wilayah, kementerian wanita serta golongan muda,

“Saya persembahkan senarai barisan Timbalan Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong petang tadi dan saya akan bacakan senarai yang telah diperkenan oleh Baginda,” jelasnya. -airtimes.my

Berikut adalah senarai Timbalan Menteri yang baharu:

1. Timbalan Menteri Kewangan – Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim

2. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah – Datuk Rubiah Wang

3. Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital – Teo Nie Ching

4. Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi – Datuk Siti Aminah Aching

5. Timbalan Menteri Pengangkutan – Datuk Hasbi Habibullah

6. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan – Chang Fong Chin

7. Timbalan Menteri Ekonomi – Datuk Hanifah Taib

8. Tim menteri pembangunan kerajaan tempatan – Akmal Nasrullah Ahmad Nasir

9. Timbalan Menteri Pertahanan – Adly Zahari

10. Timbalan Menteri Kerja Raya – Datuk Abdul Rahman Mohamad

11. Timbalan Menteri Dalam Negeri – Datuk Seri Dr Samsul Anuar Nasarah

12. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri – Liew Ching Tong

13. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi – Datuk Seri Yusuf Apdal

14. Timbalan Menteri Sains dan Teknologi – Datuk Arthur Joseph Kurup

15. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Aiman Athirah Sabu

16. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup – Fuziah Salleh

17. Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi – Ramkarpal Singh

18. Timbalan Menteri Sumber Asli Dan Perubahan Iklim – Datuk Seri Huang Tiong See

19. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi – Saraswathy Kandasamy

20. Timbalan Menteri Luar Negeri – Datuk Mohamad Alamin

21. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya – Khairul Firdaus Akhbar Khan

22. Timbalan Menteri Pendidikan – Lim Hui Ying

23. Timbalan Menteri Belia dan Sukan – Adam Adli Abdul Halim

24. Timbalan Menteri Sumber Manusia – Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud

25. Timbalan Menteri Kesihatan – Luganisman Awang Sauni

26. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Wilson Ugak Kumbong

Related Articles

Leave a Reply