Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 7 PATI Indonesia termasuk kanak-kanak ditahan tidak sempat keluar dari Malaysia

7 PATI Indonesia termasuk kanak-kanak ditahan tidak sempat keluar dari Malaysia

by Nurulhuda

KOTA TINGGI, 22 Nov – Seramai 7 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia termasuk seorang kanak-kanak berusia 3 tahun ditahan oleh anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi Operasi (Op) Benteng di Bayu Damai, Pengerang, awal pagi tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua PATI ditahan hasil maklumat perisikan yang menyatakan terdapat pergerakan mencurigakan di kawasan berkenaan.

Jelasnya, serbuan yang dilakukan telah berjaya menahan 7 PATI warga negara Indonesia yang tiada dokumen sah sedang bersembunyi di pinggir hutan di kawasan tersebut dipercayai ingin keluar ke Indonesia.

“7 PATI yang terdiri daripada 3 orang lelaki (termasuk seorang kanak-kanak) dan 4 orang wanita berusia 3 hingga 46 tahun seterusnya telah dibawa ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang untuk disoalsiasat,

“Nilai keseluruhan rampasan bernilai RM12,110.38 melibatkan matawang Malaysia bernilai RM4,301.90; matawang Indonesia bernilai RM398.48; 11 buah telefon bimbit pelbagai jenama bernilai RM5,200.00, serta pelbagai barangan berharga bernilai RM2,210.00,” jelas Markas 3 Div.

7 orang PATI warga Indonesia yang ditahan di kawasan Bayu Damai, Pengerang, awal pagi tadi.

Laporan polis dilakukan di Balai Polis Bayu Damai dan kesemua PATI telah diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia, Johor Bahru petang tadi.

Menurut Markas 3 Div, pasukan meneruskan atur gerak Tim Quick Reaction Force (QRF) dan Tim Dron Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta bantuan dari pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI atau aktiviti penyeludupan di sekitar kawasan tangkapan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply