Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Igauan buruk sudah terjadi, yang gagal sila berundur – Tan Sri Annuar Musa – Air Times News Network
Home Politik Igauan buruk sudah terjadi, yang gagal sila berundur – Tan Sri Annuar Musa

Igauan buruk sudah terjadi, yang gagal sila berundur – Tan Sri Annuar Musa

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 20 Nov – “Kami anjurkan muafakat, kami dilabel tidak setia. Kami minta jangan berpecah, kami yang menerima padah,”.

Itu diluahkan oleh bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa di akaun media sosial rasmi beliau ketika proses pengiraan undi masih berlangsung, malam tadi.

Kenyataan yang disampaikan beliau seolah-olah membayangkan Barisan Nasional dan UMNO sedang berhadapan satu situasi yang mengecewakan.

“Akhirnya igauan buruk yg saya gambarkan selama ini dan minta di elakkan benar benar terjadi.

Dukacita teramat sangat,

“AI-Qur’an itu benar. Perpecahan menjadikan kamu lemah dan hilang kekuatan,” katanya.

Beliau turut menyuarakan UMNO dan BN seharusnya kekal dalam jajaran bersama PAS dan Perikatan Nasional seperti mana satu ketika dahulu. Namun, keadaan ini tidak berlaku dengan melihat pertembungan calon-calon parti komponen dari kedua-dua pihak di hampir semua kawasan Parlimen.

“Kini, kemana kita nak dibawa?, mahu menjalin jajaran yang kita tolak? Mahu melanggar keputusan PAU dan parti sekali lagi?

“Undurlah, cukuplah kebinasaan ini dan dengar suara rakyat serta fahami kehendak rakyat. Jangan sombong,” ujar beliau.

Pada masa yang sama, Annuar mendesak pihak pimpinan tinggi parti perlu bertindak segera sebelum terlambat.

“Usah berlengah lagi…ketepikan semua ego. Yang gagal undurlah. Ambil tanggungjawab,

“Kini PN BN GPS GRS dan lain-lain yang asalnya satu,bermuafakatlah dan bentuk kerajaan.

“Selamatkan negara,agama dan bangsa ini. Usah berlengah! Allah masih sayangkan negara ini. Segera berpadu,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?