Home Pertahanan dan Keselamatan KD LEKIU tamatkan pelayaran bersejarah 81 hari, laksana 4 latihan ketenteraan

KD LEKIU tamatkan pelayaran bersejarah 81 hari, laksana 4 latihan ketenteraan

by M.Daim

LUMUT, 14 Nov – KD LEKIU bersama 171 anak kapal telah selamat tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam.

Kapal tersebut telah selesai melaksanakan pelayaran Regional Partnership Exercise 2022 (RPEX 22) yang sebelum ini dijadualkan untuk berlangsung selama 86 hari.

Eks Malindo Jaya antara TLDM dan TNI-AL merupakan latihan pertama yang disertai oleh KD LEKIU semasa pelayaran Regional Partnership Exercise 2022 yang bermula akhir Ogos lalu. Foto: KD LEKIU

Sepanjang pelayaran ini, KD Lekiu telah melaksanakan 4 latihan ketenteraan dalam dan luar negara melalui misi pelayaran yang bermula 24 Ogos lalu.

Latihan pertama yang disertai oleh KD Lekiu adalah Eks MALINDO JAYA 26/22 bersama Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Laut (TNI-AL).

Eks Kakadu 2022 merupakan latihan multilateral yang disertai oleh KD LEKIU di Australia. Foto: TLDM

Pelayaran kapal berusia 23 tahun itu kemudiannya diteruskan ke Darwin, Australia bagi menghadiri eksesais multilateral terbesar, Eks KAKADU 2022. Eksesais ini dijalankan selama 12 hari dan melibatkan 22 buah negara termasuk Malaysia.

Usai melaksanakan latihan di Australia, KD Lekiu kemudiannya melaksanakan latihan terbesar TLDM, Eks Kerismas di perairan Laut China Selatan.

KD LEKIU berlabuh bersama KD Selangor, KD BADIK dan KD Gempita sebelum menyertai Eks Malapura 30/22. Foto: MPA Barat

Sebelum kembali ke Malaysia, KD Lekiu telah melaksanakan latihan bilateral Kes Malapura 30/22 bersama bersama Tentera Laut Republik Singapura.

Mengimbau sejarah TLDM, pelayaran yang dilaksanakan oleh KD Lekiu ini merupakan satu detik bersejarah buat angkatan laut itu kerana ini adalah kali pertama aset angkatan laut negara melaksanakan 4 latihan ketenteraan dalam masa 81 hari pelayaran. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?