Home Pertahanan dan Keselamatan Gabungan eksesais ELANGAROO dan PARADISE lakar sejarah tersendiri buat TUDM

Gabungan eksesais ELANGAROO dan PARADISE lakar sejarah tersendiri buat TUDM

by M.Daim

BUTTERWORTH, 14 Nov – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengukir sejarah tersendiri dengan melaksanakan 2 latihan ketenteraan secara gabungan.

Eks Paradise merupakan latihan tahunan skala besar TUDM yang melibatkan pelbagai sudut operasi udara bersama cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia yang lain iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Eks Elangaroo pula merupakan latihan bilateral dengan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF). Latihan bilateral yang diadakan 2 kali ini bermatlamat untuk meningkatkan aspek pengukuhan kerjasama pertahanan di peringkat serantau serta kebolehoperasian keupayaan angkatan udara kedua-dua negara.

RAAF telah menghantar sebanyak 6 buah F-35A ke Pangkalan Udara Butterworth bersempena Eks Elangaroo – Foto: Air Times/M Daim

TUDM dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua eksesais ini dilaksanakan secara seiring selama 12 hari sepanjang November ini.

Dalam kenyataan yang sama, Panglima Wilayah Udara 1, Mejar Jeneral Datuk Mahadzer Amin TUDM menyatakan Eks Paradise diadakan bagi memastikan keupayaan dan kesiagaan angkatan udara tanah air sentiasa berada di tahap yang terbaik.

Beliau menjelaskan kedua-dua eksesais ini bertemakan “Bersiaga dan Kompeten (Ready and Competent).

Eks Paradise menguji pelbagai aspek kekuatan TUDM bagi melihat kemampuan angkatan udara itu untuk melaksanakan segenap operasi dalam mempertahankan kedaulatan negara. Foto: M Daim/Air Times

“Ia adalah untuk meningkatkan tahap kebolehoperasian dalam melaksanakan operasi udara dengan menekankan aspek kesediaan pertempuran, meningkatkan tahap saling kendali, menilai kemahiran dan kecekapan anggota,

“Selain iitu, eksesais ini turut menilai keberkesanan peralatan, sistem dan persenjataan TUDM,” katanya.

Tambah Mahadzer, latihan-latihan yang dilaksanakan menjurus kepada peranan utama tentera udara.

Tactical Combat Casualty Care merupakan antara latihan yang pertama kali diperkenalkan dalam siri Eks Paradise pada kali ini. Foto: Air Times/M Daim

Sementara itu, TUDM menyatakan eksesais kali ini melakar sejarahnya tersendiri dengan memperkenalkan latihan Tindak Balas Perubatan Cepat (Rapid Medical Response), Rawatan Kecederaan Pertempuran Taktikal (Tactical Combat Casualty Care) dan  CBRNE.

Kehadiran RAAF pula mencatatkan sejarahnya tersendiri dengan kehadiran sulung 6 buah jet pejuang generasi kelima F-35A ke Pangkalan Udara Butterworth. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply